Kitaran
haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik
bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg
teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan
sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan
haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan
zuriat.
Walau
bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg
teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun
didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya
menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun
yg ingin mendirikan rumah tangga.
Secara
teorinya, proses untuk mendapatkan zuriat ataupun merancang kehamilan amat
berkait rapat dengan kitaran haid seseorang. Ia boleh dikatakan 'berkadar
langsung' pada kebiasaanya di mana; wanita yg didatangi haid setiap bulan
adalah wanita yg subur; di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk
disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg
dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90%
sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari
subur' seorang wanita. Justeru, mana-mana wanita yg mempunyai kitaran haid
tidak teratur, seperti kitaran bilangan hari yg tidak tetap (bukan antara 28-35
hari) ataupun mempunyai kedatangan haid yg panjang (bukan antara 4-8 hari),
peluang untuk menentukan 'hari subur' menjadi lebih sukar. Secara tidak
langsung, kebarangkalian untuk hamil juga adalah rendah.
AWAS JIKA
ANDA ALAMI SIMPTOM DI BAWAH
-------------------------------------------------------------
TIDAK
SUBUR ATAU MANDUL
Kebanyakan
pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami
masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih
belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak
pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah
mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
HAID TIDAK
TERATUR
Tanda yang
biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang
haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3
atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita
pula sampai setahun tidak datang haid.
GEMUK ATAU
OBESITI
Peningkatan
berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau
´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia
berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur.
Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana
telur tidak dapat menetas.
DARAH HAID
SEDIKIT ATAU BERPANJANGAN
Wanita
yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya
menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami
perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini
tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan
sederhana selama seminggu.
TUMBUH
RAMBUT
Tanda-tanda
lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh
rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan
peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan
yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.
KEHAMILAN
Haid tidak
akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada
kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/
BERLEBIHAN
HORMON PROLAKTIN
Hormon
prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan
haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
TERLALU
KURUS
Tidak
cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu,
anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
MASALAH
KESIHATAN
Sakit
secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan
intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu
kitaran haid.
MENOPAUS
Ia berlaku
kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin
sedikit dan jarang-jarang berlaku.
PENCEGAH
HAMIL
Pil atau
ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh
menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid
sepanjang menggunakan implanon.
TEKANAN/STRESS
Stress
atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan
seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
PENYUSUAN
BADAN
Sekiranya
anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih
menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat
sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun
lamanya!
TERSILAP
PENGIRAAN
40% wanita
didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam
kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh
memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka
kedatangan haid yg seterusnya.
MASALAH
TYROID
Hormon
yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan
sekaligus kitaran haid wanita.
UBAT-UBATAN
Jamu
tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan
gangguan kitaran haid wanita.
----------------------------------------------------------------------------------
Adakah
suppliment yang mampu membantu atasi masalah diatas?
---------------------------------------------
BERITA
GEMBIRA UNTUK ANDA!!!
---------------------------------------------
SILA
SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAU KAWAN-KAWAN TENTANG Seven+ eXfuze INI. IN
SHAA ALLAH ADA YANG SEMBUH SETELAH MENGAMALKANNYA.
--------------------------------------------------
CARA
HIDANGAN
Minum 3/4
cup setiap pagi dan malam. Kemam selama 10-20 saat.
1 Big
Botol = 750 ml.
1 Mobile
Botol = 96.1 ml
---------------------------------------------
TESTIMONI
KLIK DI SINI
---------------------------------------------
---------------------------------------------
>>>NAK
ORDER???<<<
WHATSAPP :
011 2512 5590
--------------------------------------------
LAIN-LAIN
PERTANYAAN???
---------------------------------------------
Masanya Untuk bertindak! Jangan biarkan diri anda mahupun
keluarga anda terus menderita kesakitan.
No comments:
Post a Comment